• Skip to main content
  • Skip to footer

THE JDT DOT COM

KEPUTUSAN LIGA SUPER JDT 2023

  • Home
  • Carta Liga Super
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • GOOGLE PLAY

Jun 04 2018

Cuma Hamidin serahkan borang pengesahan pencalonan Presiden FAM – Yusoff

Share this on WhatsApp
FAM,
FAM telah mengedarkan borang setuju terima pencalonan kepada ketiga-tiga nama yang dicalonkan. – Gambar fail/BERNAMA

PETALING JAYA: Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Wira Yusoff Mahadi mengesahkan cuma Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin sahaja yang sudah menyerahkan borang pengesahan pencalonan bagi jawatan presiden badan induk bola sepak negara itu.

Beliau berkata pihaknya telah mengedarkan borang setuju terima pencalonan kepada ketiga-tiga nama yang dicalonkan iaitu Hamidin, bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa, dan Pengerusi Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi sebelum ini.

“Setakat ini kami sudah menerima satu borang pengesahan sahaja iaitu dari Datuk Hamidin dan yang dua lagi tu belum,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas majlis berbuka puasa FAM bersama pengamal media tempatan di sini hari ini.

“Saya juga sudah adakan perjumpaan bersama kedua-dua calon berkenaan dan mereka meminta sedikit masa tambahan.

“Mereka mempunyai masa sehingga 14 Jun untuk menyerahkan semula borang berkenaan,” katanya.

Yusof menjangkakan FAM akan menerima jawapan mereka sebelum tarikh tersebut.

Untuk rekod, Hamidin yang mendapat pencalonan daripada 18 ahli gabungan dikejutkan dengan pencalonan saat akhir Annuar oleh Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) dan Azim daripada Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP).

Kerusi Presiden FAM yang dikosongkan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada 2 April lalu.

Jika dua calon itu sah bertanding, akan berlaku pertarungan tiga penjuru dalam untuk jawatan itu semasa Kongres FAM ke-54 pada 14 Julai depan.

Share this:

  • Tweet
  • Click to share on Reddit (Opens in new window) Reddit
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp
  • Click to share on Telegram (Opens in new window) Telegram
  • Share on Tumblr

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Written by mrjdt · Categorized: FAM · Tagged: Annuar Musa, bola sepak, borang pengesahan pencalonan, fam, Hamidin Mohd Amin, jawatan presiden, Setiausaha Agung FAM, Yusoff Mahadi

Footer

Pages

  • About Us
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Carta Liga Super
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • GOOGLE PLAY
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Privacy
  • Privacy Policy

Copyright © 2025 · Altitude Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...
 

    %d