Masa dah tak banyak lagi. Kita pun ada rasa bimbang jugak nih. Harap pemain berada dalam keadaan optimum takdalah yang injured teruk sampai tak boleh main. Cuma yang kita agak gusar siapa yang akan ganti posisi Brendan Ngan nanti dalam perlawanan menentang pasukan UAE terlebih dahulu sebab dia dah kutip dua kad kuning.
Adakah senarai 29 pemain yang dipanggil ini terbaik?
Ramai pemerhati dan peminat berasa pengendali kebangsaan, Tan Cheng Hoe membuat pilihan selamat apabila menyenaraikan 29 pemain untuk latihan pusat skuad kebangsaan menjelang saingan kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 Jun depan.
Kena seimbang dan tengok prestasi pemain dalam liga masing-masing.
Bagi aku, Cheng Hoe membariskan senarai barisan yang seimbang dan sudah pasti pengalaman seseorang pemain itu penting dalam aspek pemilihannya memandangkan waktu kian suntuk.
Mungkin aku rasanya, penyerang PJ City Darren Lok sepatutnya berada dalam senarai utama dan bukannya sekadar dalam senarai ‘standby’ Harimau Malaya.
Ia berlandaskan aksi cemerlang pemain berdarah kacukan itu bersama pasukannya di Liga Super dengan meraih tiga gol selepas lima perlawanan.
Perlu diingat, PJ City adalah satu-satunya pasukan yang beraksi tanpa awang import dan ia membuktikan Darren kini di tahap terbaik.
Apa pun berbeza dengan panggilan latihan pusat sebelum ini, Cheng Hoe mesti pening memang banyak pilihan pemain untuk membentuk skuad yang ampuh bagi menghadapi baki tiga aksi kelayakan Kumpulan G di Emiriah Arab Bersatu (UAE) kelak.
Selain 29 pemain yang dipanggil untuk latihan dari 22 hingga 30 Mac ini di Johor Baharu, masih ada beberapa pemain yang berpangkalan di luar negara yang boleh dipanggil Cheng Hoe.
Mereka ialah pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi (Newcastle Jets, Liga A), Junior Eldstal ( Chonburi, Liga Satu Thailand) dan Dominic Tan ( Police Terro, Liga Satu Thailand).
Kedua-dua Liridon dan Junior Eldstal ketika ini baru mula beraksi dengan pasukan masing-masing.
Mereka tidak dipanggil untuk latihan pusat kali ini, kerana kesukaran mematuhi SOP ketat gara-gara Covid 19 jika mereka keluar dari Thailand dan Australia. Dominic pula tidak dipanggil kerana sedang menjalani pemulihan kecederaan yang dialaminya bersama Police Terro.
Aku percaya, kalau ketiga-tiga pemain ini dalam masa beberapa bulan kalau on form pasti akan dipanggil untuk saingan kelayakan Jun depan.
Sebelum ini, pengambilan pemain naturalisasi dan berdarah warisan menimbulkan pelbagai persepsi.
Kehadiran mereka juga memberi variasi kepada permainan Harimau Malaya apabila berdepan UAE, Vietnam dan Thailand di baki aksi kelayakan yang bakal berlangsung di UAE Jun depan. Campuran ini nampak ada gabungan kebelbagaian dalam satu pasukan harimau malaya menjadi unik dan padu harapnya.
Sebelum ini terdapat juga pandangan yang berasa pengambilan Guilherme De Paula sebagai pemain naturalisasi memandangkan dia sudah menjangkau 34 tahun.
Wak doyok dah buktikan masa Perak lawan JDT
Tetapi pemain kelahiran Brazil itu membuktikan dia masih di tahap terbaik apabila meledak dua gol berdepan Johor Darul Takzim (JDT) dalam aksi Liga Super baru-baru ini.
Pemain naturalisasi dan berdarah warisan seperti Matt Davies, Corbin Ong, Brendan Gan, Liridon, Mohamadou Sumareh dan De Paula akan memainkan watak penting di UAE.
Jangan lupa, masih ada kudrat pemain lain seperti Aidil Zafuan Abdul Radzak, Syafiq Ahmad, Syamer Kutty Abba dan Sharel Fikri yang akan menambah keampuhan pasukan.
Syafiq dan Syamer mungkin tidak kerap beraksi dengan kesebelasan utama JDT, tetapi mereka sudah membuktikan bahawa mereka masih mampu memainkan peranan penting buat pasukan.
Harap Safawi lekas sembuh untuk mantapkan jentera serangan harimau malaya!
Kita masih mempunyai Safawi Rasid yang kini beransur pulih daripada kecederaannya dan dijangka sempat pulih sebelum saingan kelayakan.
Baca juga ; Kepulangan awal safawi dari kelab Portugal beri impak positif atau negatif buat skuad harimau malaya
Selain Safawi, bintang muda negara Luqman Hakim Shamsudin yang berpangkalan di Belgium dijangka akan terus dipanggil untuk aksi kelayakan.
Dengan barisan yang dimiliki Cheng Hoe kini, kita harus positif dan optimis kemaraan ke Piala Asia 2023 satu sasaran realistik.
Manakala peluang mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022, berada dalam jangkauan. Satu-satunya kekangan skuad negara di UAE kelak adalah cuaca panas di UAE Jun depan.