Fuhh tiga mata penting berjaya dikutip di bumi larkin Johor Bahru malam tadi. Apepun perjalanan jdt musim kali ini tampak lagi berliku nampaknya. Cemerlang di peringkat kumpulan H untuk first leg tidak bermakna jdt harus leka dan lalai. Ia sebenarnya satu lagi cabaran yang harus dipikul. Kita akui penaung jdt, dymm tunku mahkota johor juga tidak senang duduk, bukan setakat hanya memerhati dari jauh. TMJ dilihat bekerja keras mencari pengalaman, minta tunjuk ajar dari kelab-kelab yang besar, seperti barceilona, real madrid, borusia dan sebagainya.
Itu bukan kerja mudah, banyak benda yang kena dibuat. Itu kita akui dan kita respect dengan boss kita dengan kerja keras dan penat lelah uamg telah dilakukan.
Ulasan ringkas perlawanan jdt vs lao toyota.
Separuh masa pertama.
Dalam separuh masa pertama, jdt tidak berjaya menghasilkan sebarang satu gol pun. Dari segi serangan, memang banyak, kadang-kala lao toyota pun ada juga membuat larian pantas counter attack. Tetapi semua menemui jalan buntu. Percaturan mario gomez meletakkan pemain yang jarang diturunkan seperti safee sali, amri yahya tidak berjaya memecah kebuntuan. Memang dari segi serangan, jdt lagi banyak tetapi keserasian tidak berapa nak menjadi. Corak permainan safee sali yang dilihat agak malas, dan juga timing tak berapa nak tepat.
Separuh masa kedua.
Shafiq dan Diaz memang dalam list rescue team. Maksidnya pemain ini sebenarnya dalam tempoh rehat. Jika mereka masuk means ia adalah SOS. Sebab memang going wrong di dalam padang. Tactical error bila pemain excited lebih dengan exploitasi ruang tapi tak jaga tactical line gap. So to be fair. Safiq and Diaz is the rescuer and change the whole direction of JDT.
Tiga gol dihasilkan. JDT berada di kelas tersendiri apabila mario gomez memasukkan key player, shafiq rahim dan juga jorge pereyra diaz. Barulah corak permainan jdt lebih nampak hidup dan percubaan merbahaya dari jdt semakin menjadi-jadi. Sehinggalah gol pertama adalah dari punca serangan dari sebelah kanan, kelam kabut dibahagian pertahanan lao toyota, pemain import mereka dilayangkan kad merah kerana terkena tangah siapa nama dia tak pasti. Kad merah dapat, penalty jdt dapat.
Shafiq rahim menjaringkan gol penalty dengan mudah menewaskan penjaga gol lao dengan menyepak sebelah kiri kalau tak silap. Pada minit ke 76 sekali lagi pemain jdt dijatuhkan s chanturu dalam petak kotak penalti. Shafiq rahim sekali lagi menyempurnakan dengan menyepak depan straight gol. Jdt 2-0 lao toyota.
Gol ketiga jdt penuh bergaya!
Gerakan demi gerakan dari jdt menyerap asakan tidak berputus asa mencari gol ketiga akhirnya membuahkan hasil dari gerakan one two yang cantik. Gerakan dari amri yahya sebelah kiri pass kepada shafiq rahim dan membuat lorongan amri dah terus membuat gol dua posen celah kelangkang penjaga gol lao toyota.
Jdt tangga pertama dengan 9 mata.
Kedudukan kumpulan H setakat ini.
Jdt 9 mata
Bengaluru 3 matq
Lao toyota 3 mata
Ayeyawady 3 mata