Johor Darul Ta’zim (JDT) melonjak ke tangga teratas Kumpulan H selepas mudah menewaskan kelab dari Indonesia, Persija Jakarta 3-0 dalam aksi Piala AFC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, sebentar tadi.
Pada perlawanan itu, pengendali JDT, Ulisses Morais memberi kepercayaan kepada Farizal Marlias membuat penampilan pertama di gawang selepas tamat tempoh penggantungan oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).
Kedudukan terkini Kumpulan H:
- JDT 3 MATA
- Song Lam Nghe An 3 MATA
- Tampines Rovers 0 MATA
- Persija Jakarta 0 MATA
Malah perubahan taktikal juga dilakukan pengendali kelahiran Portugal itu apabila meletakkan Hariss Harun bergandingan bersama Fadhli Shas di benteng pertahanan selepas merehatkan Marcos Antonio yang belum pulih daripada kecederaan. [Read more…] about Keputusan jdt vs persija jakarta , piala afc 14.2.2018(ulasan perlawanan)