Aidil layang ‘kad merah’ kepada Ifwat
KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak membuat keputusan merehatkan penjaga gol utama, Ifwat Akmal Chek Kassim bagi menghadapi UiTM FC pada aksi Liga Super di Stadium UiTM Shah Alam malam esok.
Tindakan itu diambil bagi memberikan ruang kepada Ifwat yang gagal beraksi dengan baik ketika berdepan Terengganu FC selepas Kedah dikejutkan dengan kekalahan 3-4 di laman sendiri, Sabtu lalu.
Tambah Aidil, beliau tidak mengambil pendekatan menghukum Ifwat malah masih yakin penjaga gol berusia 23 tahun itu masih antara yang terbaik di Kedah dan tidak wajar menilainya hanya dalam satu perlawanan. [Read more…] about Ifwat direhatkan, ~