Sakit juga sebenarnya kalau liga super dibatalkan untuk tahun ini. Banyak benda yang akan mengalami kerugian. Apepun ramai yang dm tanya bila bro liga super nak start balik nih??
Liga super ditangguhkan pada bulan march yang lepas setelah kerajaan mengistiharkan perintah kawalan pergerakan mula 17 mac yang lepas. Hal demikian meresahkan semua pemain, selain takut gaji kena potong , duit tak masyuk sekarang ini. Apa yang boleh buat?
Sebab kita masih dalam Pkp lagi. Dan sekarang ini menjadi masalah ialah ,takut boleh terjangkit semula. Sebab ada kes yang pemain bola sepak dia tak demam pun tapi boleh positif dan dia ada kontek dengan pemain yang lain tak sakit jadi positif. Itu yang bahaya tuh.
Apepun menteri dalam negeri, datuk ismail sabri katanya akan mengkaji sop yang dicadangkan oleh badan FAM untuk bermain bola tanpa penyokong dalam saingan liga super 2020 dan ada beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh FAM untuk elakkan dari wabak virus covid 19 ini kembali tular. Yela kita takut jadi kluster baru pulak.
Dijangka kalau tiada masalah lagi, akan bermula pada september 2020 nanti.