• Skip to main content
  • Skip to footer

THE JDT DOT COM

KEPUTUSAN LIGA SUPER JDT 2023

  • Home
  • Carta Liga Super
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • GOOGLE PLAY

May 09 2019

BATE Borisov Intai Akhyar Rashid

Share this on WhatsApp

AKHYAR RASHID

Sebuah kelab bola sepak profesional dari Belarus, BATE Borisov dikhabarkan berminat untuk menguji pemain skuad Harimau Selatan, Akhyar Rashid dalam masa terdekat.

Menurut kenyataan daripada Football Agent – Malaysia, pihaknya akan menghubungi wakil daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Akhyar sendiri untuk berbincang mengenai tawaran daripada kelab tersebut.

JDT telah menandatangani pemain yang berusia 20 tahun itu dengan kontrak empat tahun dan mempunyai klausa pelepasan perpindahan bernilai RM12 juta.

arul Ta’zim (JDT) untuk berbincang mengenai perkara ini dengan lebih lanjut.

Bagaimanapun, seperti yang kita ketahui, Akhyar Rashid baru sahaja menandatangani kontrak bersama juara Liga Super Malaysia lima kali berturut-t

BATE Borisov merupakan juara liga divisyen utama Belarus sebanyak 15 kali. Pasukan tersebut juga pernah beraksi dalam saingan UEFA Champions League (UCL) dan musim ini mereka berada dalam kumpulan L dalam UEFA Europa League (UEL) bersama Chelsea, PAOK FC dan MOL Vidi.

Difahamkan pencari bakat kelab tersebut tertarik dengan aksi Akhyar selepas menonton rakaman video yang melibatkan beberapa perlawanan di peringkat antarabangsa dan Liga Malaysia.

Saham bekas pemain Kedah itu tiba-tiba naik selepas mempamerkan aksi memukau ketika dalam saingan Sukan Asia di Indonesia tahun lepas sehingga menarik minat beberapa kelab ternama di Malaysia dan Thailand.

Pengendali skuad bawah 23 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee sebelum ini menasihati Akhyar Rashid supaya berhati-hati dalam memilih kelab yang ingin disertainya di luar negara serta memastikan dia mempunyai tempat dalam kesebalasan utama pasukan.

Walaubagaimanpun, Kim Swee juga mahu peminat bola sepak tempatan bersikap realistik dan tidak meletakkan harapan terlalu tinggi kepada Akhyar jika beliau berhijrah ke luar negara.

Sekiranya Akhyar berjaya menandatangani kontrak bersama BATE Borisov, beliau berpeluang beraksi dalam kejohanan tertinggi eropah sama ada UCL atau UEL pada musim 2019/2020.

Share this:

  • Tweet
  • Click to share on Reddit (Opens in new window) Reddit
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp
  • Click to share on Telegram (Opens in new window) Telegram
  • Share on Tumblr

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Written by mrjdt · Categorized: Liga Perdana · Tagged: BATE Borisov Intai Akhyar Rashid

Footer

Pages

  • About Us
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Carta Liga Super
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • GOOGLE PLAY
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Privacy
  • Privacy Policy

Copyright © 2025 · Altitude Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...
 

    %d