• Skip to main content
  • Skip to footer

THE JDT DOT COM

KEPUTUSAN LIGA SUPER JDT 2023

  • Home
  • Carta Liga Super
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • GOOGLE PLAY

Nov 03 2016

BANTAHAN PDRM KE ATAS JDT TIBA-TIBA SENYAP, FAM ENGGAN BERI KENYATAAN

Share this on WhatsApp

FAM,

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengelak untuk membuat sebarang kenyataan rasmi berhubung beberapa isu panas yang membelenggu mereka akhir-akhir ini.

Semua pihak tampil memberikan kenyataan untuk mempertahankan tindakan masing masing, namun badan induk itu lebih selesa memilih jalan berdiam diri.

Tiada pengesahan terkini berhubung status bantahan PDRM ke atas Johor Darul Ta’zim (JDT) yang didakwa menurunkan pemain digantung ketika aksi Liga Super walaupun ada ura-ura mengatakan bantahan itu telah ditarik balik oleh PDRM.

Krew Nadi Arena berusaha mendapatkan pengesahan daripada Penolong Setiausaha Agung FAM, Lazarus Jensen Xavier, bagaimanapun, dia menolak untuk memberi sebarang komen buat masa ini.

“Saya tidak boleh komen mengenai itu,” kata Lazarus ringkas. “Kalau anda mahu, saya akan bercakap di dalam (bilik), tetapi bukan rakaman video.”

JDT didakwa menurunkan penyerang import, Juan Martin Lucero, yang sudah mengumpul tiga kad kuning dalam perlawanan 16 Ogos lalu di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.

Dalam perkembangan lain, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, pula memilih untuk membisu berhubung prestasi Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) yang didakwa gagal mencapai pendapatan RM70 juta untuk tahun pertama seperti dilaporkan Nadi Arena, semalam.

“Semua isu (akan) dijawab selepas mesyuarat exco,” katanya.

FAM melantik MP & Silva sebagai rakan kerja di bawah FMLLP untuk menguruskan segala hal berkaitan Liga Malaysia.

Perjanjian di antara kedua-dua pihak berkenaan dilakukan pada Januari tahun lalu dan FAM dijanjikan RM1.26 bilion untuk tempoh 15 tahun.

MP & Silva adalah syarikat media antarabangsa yang memiliki, mengurus dan membahagikan hak penyiaran televisyen bagi acara sukan di seluruh dunia.

Ini termasuk siaran liga bola sepak Eropah, kelayakan Piala Dunia, grand slam tenis dan sukan pemotoran.

Share this:

  • Tweet
  • Click to share on Reddit (Opens in new window) Reddit
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp
  • Click to share on Telegram (Opens in new window) Telegram
  • Share on Tumblr

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Written by mrjdt · Categorized: Liga Super · Tagged: apa kes bantahan jdt guna pemain import sudah dapat kad kuning ketiga, bantahan pdrm terhadap jdt senyap?

Footer

Pages

  • About Us
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Carta Liga Super
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • GOOGLE PLAY
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Privacy
  • Privacy Policy

Copyright © 2025 · Altitude Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...
 

    %d