THE JDT DOT COM

Keputusan Penuh liga super dan carta terkini Liga Super 2017/18

  • Home
  • Carta Liga Super
  • Carta liga EPL /BPL
Apa sudah jadi , JDT?

mrjdt February 19, 2017

Apa sudah jadi , JDT?

Share this on WhatsApp

Penyandang juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT), mempamerkan permulaan yang hambar buat musim 2017 selepas kehilangan tiga mata apabila tewas kepada Perak 2-1, malam tadi.

Rekod terbaik JDT selaku pasukan yang tidak mengalami sebarang kekalahan musim lalu, hanya memerlukan empat perlawanan musim ini untuk akhirnya lebur.

Hanya selepas empat perlawanan, skuad Harimau Selatan itu sudah pun keciciran tujuh mata – seri 1-1 dengan Kedah, 0-0 dengan Selangor di samping kemenangan tunggal 3-1 ke atas Felda United – untuk menduduki tangga kelapan yang jelas bukan kelaziman buat mereka.

Perbezaan jaringan 5:4 juga jauh daripada meyakinkan, seakan-akan memberi gambaran ketirisan besar di benteng pertahanannya.

Musim lalu, ‘The Invincibles’ merupakan gelaran buat JDT apabila menamatkan saingan liga tanpa sebarang kekalahan.

Selepas mengharungi 22 perlawanan, skuad Harimau Selatan kukuh berada di puncak Liga Super dengan 58 mata hasil daripada 18 kemenangan dan empat kali seri.

Lantas, status itu telah menjadikan JDT seiring dengan kelab gergasi Eropah seperti Arsenal, AC Milan, Juventus dan Porto.

Bagaimanapun, prestasi pasukan bertaraf bintang ini semakin merunsingkan apabila sekadar memungut lima mata selepas empat perlawanan. Ia merupakan satu permulaan yang teruk bagi JDT dalam tempoh tiga musim.

Baik menerusi laman Johor Southern Tigers sekalipun, penyokong sudah mula mempersoalkan pelbagai perkara, daripada penggantian Mario Gomez selaku ketua jurulatih, pemilihan kesebelasan utama yang boleh dipersoalkan hinggalah kepada strategi permainan.

Pengendali pasukan, Benjamin Mora, dilihat masih gagal untuk memahami gaya permainan anak buahnya dan keadaan ini akan meletakkan beliau dan pasukan di dalam kedudukan yang semakin terdesak.

Adakah kejatuhan prestasi JDT berpunca daripada perletakan jawatan Gomez beberapa hari sebelum musim 2017 bermula ataupun beberapa pemain utama pasukan yang mengambil keputusan untuk berhijrah ke pasukan lain?

Barangkali juga barisan import terbarunya belum mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan Jorge Pereyra Diaz dan Juan Martin Lucero – gandingan dua pemain dari Argentina yang menggemilangkan cabaran mereka musim lalu.

Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk menghukum JDT kerana saingan liga yang masih berbaki 18 perlawanan adalah satu perjalanan yang sangat panjang.

Jika JDT mengambil perkara ini dari sudut positif dan melihatnya sebagai satu cabaran besar, berkemungkinan mereka mampu meraih kejuaraan buat kali keempat.

Andai diakui untuk meraih kejuaraan itu sukar, maka mengurus kejayaan sebenarnya berganda-ganda kepayahannya. Itu hakikat yang perlu diterima oleh JDT.

copy paste dari stadium astro.com

Share this:

  • Tweet
  • WhatsApp
  • Telegram
  • Share on Tumblr

Related

Share this on WhatsApp

Filed Under: Liga Super Tagged With: apa sudah jadi jdt, jdt, kenapa prestadi jdt menjunam, prestasi pasukan jdt menjunam

KEPUTUSAN TERKINI LIGA SUPER 2020

EPL Standing Table 2019/20

# Team P
1 Leicester City 38
2 Manchester United 37
3 Manchester City 35
4 Liverpool 34
5 Tottenham Hotspur 33
6 Everton 32
7 West Ham United 32
8 Chelsea 29
9 Southampton 29
10 Arsenal 27
11 Aston Villa 26
12 Leeds United 23
13 Crystal Palace 23
14 Wolverhampton Wanderers 22
15 Newcastle United 19
16 Brighton & Hov… 17
17 Burnley 16
18 Fulham 12
19 West Bromwich Albion 11
20 Sheffield United 5

Kedudukan terkini carta liga super 2020

# Team P

JADUAL EPL 2020/21

Monday, December 28, 2020
Everton 08:00 Manchester City
Sunday, January 3, 2021
Burnley 08:00 Fulham
Wednesday, January 13, 2021
Aston Villa 08:00 Tottenham Hotspur
Sunday, January 17, 2021
Aston Villa 08:00 Everton
Wednesday, January 20, 2021
Leeds United 08:00 Southampton
Thursday, January 21, 2021
Manchester City 02:00 Aston Villa
Fulham 04:15 Manchester United
Friday, January 22, 2021
Liverpool 04:00 Burnley
Sunday, January 24, 2021
Aston Villa 04:00 Newcastle United
Wednesday, January 27, 2021
Crystal Palace 02:00 West Ham United
Newcastle United 02:00 Leeds United
West Bromwich Albion 04:15 Manchester City
Southampton 04:15 Arsenal
Thursday, January 28, 2021
Burnley 02:00 Aston Villa
Chelsea 02:00 Wolverhampton Wanderers
Brighton & Hov… 03:30 Fulham
Everton 04:15 Leicester City
Manchester United 04:15 Sheffield United
Friday, January 29, 2021
Tottenham Hotspur 04:00 Liverpool

Carta liga perdana 2020

# Team P

Artikel Terkini

  • Kebenaran Skuad Harimau Malaya berlatih melegakan – Pengurus Pasukan
  • Live streaming thailand open badminton 17.1.2021 Final Double malaysia vs thailand
  • Live streaming separuh akhir thailand open 16.1.2020 (beregu malaysia vs indonesia)
  • Kepulangan awal Safawi dari kelab Portugal , beri impak positif atau negatif?
  • Live streaming Melaka united vs jdt liga super 10.10.2020

Categories

Archives

Jadual Perlawanan Liga Super 2020

Privacy & Cookies: This site uses cookies. By continuing to use this website, you agree to their use.
To find out more, including how to control cookies, see here: Cookie Policy

Pages

  • About Us
  • Carta liga EPL /BPL
  • Carta Liga Super
  • Privacy

Copyright © 2021 · Streamline Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in