• Skip to main content
  • Skip to footer

THE JDT DOT COM

KEPUTUSAN LIGA SUPER JDT 2023

  • Home
  • Carta Liga Super
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • GOOGLE PLAY

Aug 27 2017

Annuar sedia jadi Presiden KAFA sekali lagi, apa kehe nya??

Share this on WhatsApp

tsam, tan sri annuar musa tanding jawatan FAM

KUALA LUMPUR 28 SEPTEMBER 2016. Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa. 

BEKAS Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa sedia kembali mengisi jawatan nombor satu persatuan itu sekiranya tiada individu tampil menawarkan diri pada Kongres Agung Tahunan kali ke-43 KAFA September depan.

Annuar berkata, keputusan itu dibuat kerana tidak mahu prestasi pasukan Kelantan terjejas pada musim akan datang. 

“Jika perkara itu berlaku (tiada calon) saya sedia duduk bersama exco KAFA berbincang berkaitan masalah itu.

“Bagaimanapun, saya harap perkara itu tidak berlaku kerana saya mahu memberi peluang kepada individu yang berkemampuan membina kembali pasukan Kelantan.

“Saya sedia berikan bantuan kepada sesiapa saja yang bakal menjadi Presiden kerana bola sepak adalah sebahagian tanggungjawab saya kepada rakyat,” katanya dalam sidang media di Kota Bharu, hari ini. Harian Metro pada 9 November 2016 melaporkan, Annuar meletak jawatan selaku pemimpin nombor satu badan induk bola sepak negeri itu berkuat kuasa serta-merta.

Sejak daripada hari itu kerusi presiden dipangku oleh Timbalan Presiden KAFA Datuk Seri Afandi Hamzah.

Sebelum ini, Setiausaha Agung KAFA, Datuk Ismail Md Noor membuat tawaran terbuka kepada mana-mana individu untuk memimpin KAFA pada kongres ,September ini.

Setakat ini hanya Presiden Kumpulan SecretLeaf International Sdn Bhd, Amir Ramadzan menawar diri bagi memegang tampuk kepimpinan baharu KAFA tanpa sebarang syarat.

Sumber dari Harian Metro

Apa sudah jadi? Takda orang lain ke nak membimbing mengemudi kafa lagi ke ??

 

Share this:

  • Tweet
  • Click to share on Reddit (Opens in new window) Reddit
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp
  • Click to share on Telegram (Opens in new window) Telegram
  • Share on Tumblr

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Written by mrjdt · Categorized: Liga Super · Tagged: annuar musa nak jadi presiden kafa

Footer

Pages

  • About Us
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Carta Liga Super
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • GOOGLE PLAY
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Privacy
  • Privacy Policy

Copyright © 2025 · Altitude Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...
 

    %d