• Skip to main content
  • Skip to footer

THE JDT DOT COM

KEPUTUSAN LIGA SUPER JDT 2023

  • Home
  • Carta Liga Super
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • GOOGLE PLAY

Nov 08 2016

Annuar Musa letak jawatan Presiden Kafa!!

Share this on WhatsApp

annuar musa, annuar musa dan datuk vida, datuk vida,

Berita baik ke,?

TAN Sri Annuar Musa hari ini meletak jawatan sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) berkuat kuasa serta merta.

Beliau membuat pengumuman itu dalam laman Facebooknya dengan memuat naik salinan surat rasmi peletakan jawatannya itu yang dialamatkan kepada Setiausaha Agung Kafa, Datuk Ismail Md Noor.

“Saya berharap tugas ini (Presiden Kafa) dapat dipikul oleh mereka yang lebih mampu mengangkat kecemerlangan bola sepak Kelantan seperti mana yang berjaya dilakukan oleh negeri-negeri lain,” katanya.

Annuar, yang menyandang jawatan itu sejak 2008, berkata beliau sentiasa berkeyakinan pasukan Kelantan mampu mencapai apa yang orang lain capai asalkan diberikan peluang berbuat demikian.

Annuar, yang juga Ahli Parlimen Ketereh, memimpin pasukan Kelantan sehingga memperolehi pelbagai kejayaan antaranya meraih tiga kejuaraan iaitu Piala Malaysia, Piala FA dan Liga Super pada 2012.

Sementara itu, Naib Presiden Kafa, Datuk Nassir Hamzah mengesahkan Annuar menghantar surat peletakan jawatan itu hari ini.

“Tetapi Exco Kafa belum bermesyuarat sama ada menerima atau menolak surat tersebut,” katanya. –Bernama

Ke ada agenda ?? Nak bertanding jawatan terpenting dalam fam agaknya?? huhu .. Saksikannya jerla drama dari mereka nih. Huhu

Share this:

  • Tweet
  • Click to share on Reddit (Opens in new window) Reddit
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp
  • Click to share on Telegram (Opens in new window) Telegram
  • Share on Tumblr

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Written by mrjdt · Categorized: Liga Super · Tagged: annuar musa letak jawatan kafa, Annuar Musa letak jawatan Presiden Kafa, presiden kafa annuar musa letak jawatan kafa, presiden kafa letak jawatan

Footer

Pages

  • About Us
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Carta Liga Super
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • GOOGLE PLAY
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Privacy
  • Privacy Policy

Copyright © 2025 · Altitude Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...
 

    %d