• Skip to main content
  • Skip to footer

THE JDT DOT COM

KEPUTUSAN LIGA SUPER JDT 2023

  • Home
  • Carta Liga Super
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • GOOGLE PLAY

Oct 15 2017

An mahu Bos Gaurus mengamuk! JDT vs Perak piala malaysia 2017

Share this on WhatsApp

logo perak, perak,

PEMAIN pertahanan Perak, Amirul Azhan Aznan yakin rakan sepasukan tidak akan membiarkan peluang melakar kegemilangan dalam kancah Piala Malaysia 2017 berlalu begitu saja.

Selepas mara sehingga ke separuh akhir, Amirul Azhan yang lebih dikenali sebagai An dalam kalangan kenalan, yakin pemain Perak tidak akan menyerah mudah apabila turun membuat perhitungan dengan Johor DT (Johor Darul Ta’zim) dalam pertemuan separuh akhir pertama di Stadium Perak, esok.

“Saya yakin dan kami mahu menang pertemuan ini. Kami hanya selangkah saja lagi untuk ke final. Ini kesempatan terbaik. Tahun depan kita tidak tahu lagi apa yang akan berlaku,” katanya.

Azhan, 24, yang mendapat kepercayaan ketua jurulatih Harimau Malaya, Nelo Vingada tahun ini, berkata dia sudah memenangi semua gelaran kejohanan peringkat umur tetapi belum ada koleksi pingat juara trofi pertandingan utama Liga Malaysia itu.

Menurut pertahanan kanan Perak itu, walaupun lawan ditemui bukan calang-calang pasukan, ia tidak bererti Johor DT tidak boleh dikalahkan.

“Peluang kami 50-50, kami pernah menumpaskan mereka di Ipoh dan mereka pula membalasnya di Larkin. Jadi siapa yang bertindak bijak serta tidak melakukan kesilapan pasti akan beroleh kejayaan,” katanya.

Pemain berasal dari Ipoh itu berharap rakan sepasukan mampu mengulangi aksi bertenaga seperti ketika menumpaskan Pahang 4-0 di suku akhir kedua di Ipoh pada 24 September lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Oktober 2017 @ 12:51 PM

 

Share this:

  • Tweet
  • Click to share on Reddit (Opens in new window) Reddit
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp
  • Click to share on Telegram (Opens in new window) Telegram
  • Share on Tumblr

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Written by mrjdt · Categorized: Piala Malaysia · Tagged: an mahu perak mengamuk tewaskan jdt, perak vs jdt, piala malaysia separuh akhir news 2017

Footer

Pages

  • About Us
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Carta Liga Super
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • GOOGLE PLAY
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Privacy
  • Privacy Policy

Copyright © 2025 · Altitude Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...
 

    %d