
Selepas berbincang dengan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), AFC dalam kenyataannya berkata baki perlawanan bagi pusingan kedua kelayakan bersama ini dijadualkan pada Oktober dan November.
MALAYSIA VS SAUDI ARABIA 8 OKTOBER 2020
MALAYSIA VS VIETNAM 13 OKTOBER 2020
MALAYSIA VS THAILAND 17 NOVEMBER 2020.
AFC berkata hari perlawanan 7 dan 8 masing-masing akan diadakan pada 8 dan 13 Oktober, manakala hari perlawanan 9 dan 10 dijadualkan pada 12 dan 17 November bagi memastikan pusingan kedua kelayakan bersama itu selesai pada November ini.
Ini bagi memastikan pusingan akhir kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 (Asia) dan pusingan ketiga kelayakan Piala Asia China 2023 dimulakan pada Mac 2021, tarikh perlawanan yang ditetapkan dalam Kalendar Antarabangsa FIFA.
“AFC akan terus memantau rapat situasi ini bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua pasukan, pegawai, peminat dan pemegang taruh selain akan memaklumkan semua pihak jika ada keperluan semakan semula jadual perlawanan susulan kesan pandemik Covid-19,” kata AFC.
Skuad Harimau Malaya di bawah kendalian Tan Cheng Hoe akan menyambung semula semula aksi kelayakan dalam Kumpulan G menentang Emiriah Arab Bersatu di Abu Dhabi pada 8 Oktober, sebelum bertemu Vietnam lima hari kemudian dan menamatkan kempen dengan menentang Thailand di Bangkok pada 17 November.
Malaysia berada di tempat kedua dengan sembilan mata, mengekori pendahulu kumpulan, Vietnam yang mengutip 11 mata, Thailand di tempat ketiga dengan lapan mata, UAE (6 mata) dengan kelebihan satu perlawanan dan Indonesia di kedudukan tercorot tanpa sebarang mata.
-Bernama