• Skip to main content
  • Skip to footer

THE JDT DOT COM

KEPUTUSAN LIGA SUPER JDT 2023

  • Home
  • Carta Liga Super
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • GOOGLE PLAY

Oct 14 2017

28,000 tiket Perak lawan JDT habis, MBI pasang skrin gergasi !!

Share this on WhatsApp

tiket habis, beratur,

Sebahagian penyokong Perak yang beratur untuk mendapatkan tiket perlawanan Piala Malaysia 2017 antara Perak menentang Johor Darul Ta’zim terpaksa pulang dengan tangan kosong kerana kehabisan tiket.

IPOH – Sebanyak 28,000 tiket perlawanan separuh akhir pertama saingan Piala Malaysia 2017 antara Perak menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Perak di sini habis dijual hari ini.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh jurucakap Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) dalam satu kenyataan ringkas yang dikeluarkan di sini hari ini.

Tiket yang dijual sejak pukul 9 pagi kelmarin itu mendapat sambutan hangat para penyokong pasukan The Bos Gaurus.

Pafa turut menjual tiket yang berharga antara RM5 hingga RM25 itu kepada para penyokong di kebanyakan daerah di seluruh negeri itu.

Difahamkan, masih ramai penyokong Perak yang hadir ke pekarangan stadium bagi mendapatkan tiket tersebut pada pagi tadi namun terpaksa pulang dengan kekecewaan.

Sementara itu, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya akan memasang skrin gergasi siaran langsung perlawanan tersebut di Dataran Stesen Keretapi di sini.

“Inisiatif tersebut diambil bagi memberi peluang kepada para peminat serta penyokong Perak yang gagal mendapatkan tiket perlawanan itu,” katanya. – K! ONLINE

Share this:

  • Tweet
  • Click to share on Reddit (Opens in new window) Reddit
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp
  • Click to share on Telegram (Opens in new window) Telegram
  • Share on Tumblr

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Written by mrjdt · Categorized: Piala Malaysia · Tagged: live streaming jdt vs perak piala malaysia 2017, tiket habis perak vs jdt piala malaysia 2017, tiket separuh akhir perak vs jdt piala malaysia 15.10.2017

Footer

Pages

  • About Us
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Carta Liga Super
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • GOOGLE PLAY
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Privacy
  • Privacy Policy

Copyright © 2025 · Altitude Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...
 

    %d