Pihak Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) tadi sebentar sudah mengeluarkan kenyataan rasmi mereka mengenai senarai pasukan yang layak beraksi dalam saingan pusingan ke-3 Piala Asia 2023.
Berdasarkan apa yang dinyatakan seperti dibawah ini, 22 buah pasukan layak terus ke peringkat kumpulan pusingan ke-3 kelayakan Piala Asia 2023 dan hanya 4 pasukan sahaja yang akan merebut 2 slot (play off) lagi bagi melengkapkan jumlah 24 pasukan.
Berikut adalah senarai pasukan-pasukan yang telah layak ke peringkat kumpulan;
- TAJIKISTAN
- UZBEKISTAN
- KUWAIT
- BAHRAIN
- TURKMENISTAN
- JORDAN
- PALESTINE
- MALAYSIA
- PHILIPPINES
- KYRGYZ REPUBLIC
- INDIA
- THAILAND
- SINGAPORE
- MONGOLIA
- AFGHANISTAN
- HONG KONG
- MALDIVES
- SRI LANKA
- NEPAL
- MYANMAR
- YEMEN
- BANGLADESH.
Manakala dibawah ini pula adalah senarai 4 pasukan yang akan beraksi dalam pusingan play-off bagi merebut 2 lagi slot ke peringkat kumpulan.
- INDONESIA
- CAMBODIA
- CHINESE TAIPEI
- GUAM
Play-Off: Undian akan diadakan pada 24 Jun 2021 dan perlawanan akan dilangsungkan pada 7 September & 12 Oktober 2021.
PUSINGAN KE 3.
Pada pusingan ke-3 kelayakan nanti, 11 slot ke pusingan akhir Piala Asia 2023 bakal menjadi rebutan dan berikut adalah format yang akan dilaksanakan untuk menentukan pasukan yang layak.
24 pasukan akan dibahagikan kepada 6 kumpulan yang mempunyai 4 pasukan. Juara setiap kumpulan dan 5 pasukan naib juara terbaik akan mengisi 11 slot ke pusingan akhir Piala Asia 2023.
Dengan 12 pasukan (dari WCQ R3) dan 11 pasukan (Juara kumpulan & 5 naib juara terbaik) serta tuan rumah ( China ), akan menjadikan jumlah keseluruhan 24 buah pasukan akan bertanding dalam Piala Asia 2023.